Monday, September 3, 2012

Majlis cukor jambul Syarifah Khaira




Sabtu, 1 Sept 2012 - Hari yang menggembirakan. Belum genap setahun bernikah antara Syed Hidayat-Juhaida, tanggal 19 Julai (28 Syaaban 1433) lahirlah puteri pertama diberi nama Syarifah Khaira binti Syed Hidayat. Sempena Hari Raya majlis cukor jambul dan taknik telah diadakan hari Sabtu yang turut dihadiri sanak saudara dan sahabat handai. Ahli jemaah Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah turut hadir untuk diraikan dengan bacaan rawi dan marhaban. Syukor ke Hadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir menyerikan majlis.
Gambar lagi di laman Syarifah Khaira 1 Sept 2012 - sebelah kanan