Monday, September 3, 2012

Majlis cukor jambul Syarifah Khaira




Sabtu, 1 Sept 2012 - Hari yang menggembirakan. Belum genap setahun bernikah antara Syed Hidayat-Juhaida, tanggal 19 Julai (28 Syaaban 1433) lahirlah puteri pertama diberi nama Syarifah Khaira binti Syed Hidayat. Sempena Hari Raya majlis cukor jambul dan taknik telah diadakan hari Sabtu yang turut dihadiri sanak saudara dan sahabat handai. Ahli jemaah Masjid (L) Al-Hidayah Ampang Pecah turut hadir untuk diraikan dengan bacaan rawi dan marhaban. Syukor ke Hadrat Allah s.w.t dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir menyerikan majlis.
Gambar lagi di laman Syarifah Khaira 1 Sept 2012 - sebelah kanan

Sunday, August 26, 2012

Pernikahan SYED KHALED-NURSYAFIZA




Sabtu,25.08.2012 - Majlis perkahwinan telah diadakan di alamat 392, Kg Sentang, Utan Aji, Kangar Perlis dalam suasana ceria dengan cuaca cerah. Sebelum daripada itu majlis akad nikah telah berlansung pada petang hari Jumaat 24.08.12 walaupun dalam suasana basah kuyup dek sebab hujan mulai turun sejak awal petang. Dengan sekali lafaz Syed Khaled bin Dato Syed Taha telah sah memperisterikan Nursyafiza bt Sahidan diiringi rombongan pengantin sebanyak 30 buah kereta. Majlis reception sebelah pengantin lelaki akan diadakan di Dewan PWTC pada 16.09.12.
Gambar-gambar di laman 250812 Syed Khalid - sebelah kanan